Ladies&Gentleman

Tuesday, November 8, 2011

-tudung-bey0nd face value

Assalamualaikum

baru2 ni,de s0wg kawan lai cite  at lai, faceb0ok dye kne bl0ck nan s0me0ne semata2 krna dye bg k0men psal isu tdung..de s0wg gurl ni wat status di faceb0oknye dye bl0m brsdye brtdung..dan kwn lai ni brniat baeq la nk bg sket k0men n nsihat..tade p0n kata2 yg brbaur kejian 0r mnyakitkn hati..tp tak sgka tr0s kne bl0ck..smada gurl tu marah 0r malu nan kwn lai tu,hnye dye yg tau..



 jd prnah x k0rg 0r sape je lah yg bg nasihat 0r teg0r mereka2 yg xmnut0p aurat neh??
j0m kite tgk apkah alasan yg slalu dgunakn mereka yg enggan mnut0p aurat apbila dtegur ksalahan mreka tu n apkah pula jawapan yg mgkin sesuai utk mreka..

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi.



Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi.

Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik.
Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu.
Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.



lai ta kate lai ni da ck0p baeq 0r perfect,skadar saling mngingati utk diri sndri jgk..yg baik kite ameq,yg burok sndri mau fikir lah..wallahualam

10 comments:

Shukri Mohd Ali said...

hidayah itu milik Tuhan, dan kita tak berhak jatuhkan hukum pada orang lain :)

moga awak sentiasa diberkati dan dilindungi serta dinaungi oleh-Nya :)

ctk said...

huhuhu..xsalah pon nk tgur...biaselah org skrg sush menerima teguran ..slow2 nti dia berubah la :)

ILA HonEyBuNNy said...

begitu bernilai diri kita kan..terima ksh kerana mengingati...

cuba nak berubah ke arah y lbh baik lagi..insyaAllah..

EmpayarUtama said...

Sama-samalah kita ingat mengingati :)

EruzuLiyana said...

teriam kasih atas ingatan..:)

Salina Mat Isa said...

mmg sush nk tgur klu org camtu, doakan je la dia dpt hidayah tuk berubah..

Eyeme said...

tq for the reminder dear~

ayuh bertudung :D

shahrazali said...

emmm....pakai tudung kerana Allah n kerana nak menutup aurat...
orang sekarang byk jawapan kan... macam-macam..

Anonymous said...

mgkin org mcm tue susah nk terima teguran. tingat kata2 penyanyi ct nordiana dlm rancangan whi, sedia atau x sbg muslimah kita wajib bertudung n menutup aurat

sinawzarun_anis said...

lai, ckp sal tudung ni, baru 2-3 hari lepas aku tgur sorg mmber kt tmpat keja aku..dia budak baru gak tp 1st day n 2nd day dia pkai tudung pastu dah xpakai dah..bla aku tnya dia, dia kata mak dia xbg dia pkai tdung....bleh plak camtu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...