Ladies&Gentleman

Wednesday, June 22, 2011

kadang-kadang hati berbicara

..kenapa la diriku tak seperti orang lain, kenapa la selalu saja ku tidak mampu mendapatkn insan yang disukai..kenapa yang lain kelihatan senang saja bertukar-tukar kekasih..kenapa mereka sentiasa dapat insan yang mereka inginkan..walaupun mereka tega mempermainkan hati insan yang mereka miliki itu..mereka tidak mencintai seikhlasnya..mereka cuma ingin main-main sahaja..kate seorang kawan "Sugar Daddy je tu....bkn pape pon.." tapi kenapa mereka cakap dengan panggilan "abg" dan "syg"..hati betul-betul tak faham..bila pada yang ni mereka cakap sayang..tp dalam masa yang sama juga mereka kata cinta pada yang lain..semudah itu kah makna cinta bagi mereka..? Hati hairan..walau mereka begitu..mereka tetap dapat orang yang mereka inginkan..tapi kenapa tidak hati ini?

Sedangkan bagi hati ini cinta suatu perasaan yang terlalu berharga..hati ini tak pernah ingin mempermainkan hati sesiapa..sehingga hari ini hati ini menjaga cintanya hingga tiba suatu saat ia menemui orang yang benar-benar di cintai..tapi kenapa di saat itu juga hati ini tetap di lukai?

Suatu ketika dulu hati ini pernah bertemui insan yang dicintai..ingin diberi hati padanya..cinta seikhlas jiwa..buat pertama kalinya..jua yang terakhir kali..kerana hati tahu dirinya cuma ada satu..dan ia dah pun jadi miliknya..

Tapi siapa sangka..hati yang penuh dengan cinta suci itu di buang ibarat sampah..hancur luluh..tika buat pertama kalinya ingin cuba merasai cinta..hati ini langsung tidak di hargai..hati yang masih suci itu tidaklah sekuat yang di sangka untuk menahan dugaan yang hadir..tapi sangat lemah..

Di saat hilangnya cahaya, hilangnya semangat..siapa sangka..di saat hati suci itu tersungkur lemah dalam kegelapan..hadir cahaya menyinari..memberi semangat,memberi nafas pada jiwanya..ia cahaya yang sebelum ini sentiasa ada tapi tak kelihatan kerana butanya dek cinta yang fana..

Saat itulah hati suci itu menemui cinta sejatinya..di serahkan hatinya yang hancur itu pada Kekasihnya..sehingga terubat segala duka..sehingga mengalir ketenangan di jiwa..ibarat titisan embun mendinginkan pagi yang damai..hati..akhirnya menemui ketenangan abadi..ketenangan bersama cinta yang hakiki..iaitu cinta ILAHI.

Barulah hati ini faham, kenapa selama ini dirinya lain dari yang lain..kenapa dirinya tak pernah menjadi milik sesiapa..dan kenapa di saat pertama kali mencuba dirinya telah tersungkur..kenapa?

Semuanya kerana hati ini tidak menyedari betapa selama ini Kekasihnya yang satu itu amat menyanyanginya..hati ini tidak pernah tahu bahawa setiap saat Kekasihnya itu melindungi dirinya..agar tidak di nodai dosa..hati ini seakan..terlupa bahawa Kekasihnya itu telah berjanji padanya bahawa akan hadir pasangan untuknya suatu hari nanti..satu-satunya pasangan hati yang tercipta istimewa hanya untuknya.
Betapa hati ini lupa untuk bersyukur kerana tidak pernah sesekali di biarkan terleka oleh cinta yang fana oleh Kekasihnya..

Subhanallah..syukurlah bahwa hati ini sudah mengerti..betapa cinta itu harus di serahkan pada Allah Kekasih yang satu lebih dari segalanya..DIA yang sentiasa menyayangi..DIA yang sentiasa mencintai..dan tidak akan pernah sesekali pun mengecewakan sesiapa yang mencintaiNYA.

Ya Allah..hati ini amat mencintaiMU..syukur ya Allah..Engkau sentiasa menjaga diri ini..Walau betapa dosaku padaMU sebanyak pasir di pantai..walau diri ini..selalu melupai MU..namun Engkau sentiasa ada di saat diriku kesukaran..Ampunkan diriku Ya Allah..terimalah cintaku ini..kerana diri ini takkan bisa hidup di dunia ini jika tanpa Kasih dan SayangMU.

6 comments:

makcik kerepot said...

yup ...
kak nana sokong kamu lai ..
sebab nasib kita sama ..
huhuhu ..
xpe lai ,, tiada duka yg abadi ...
insyaAllah ,, 1 ari nnt kamu akan dpt kebahagiaan yg kamu cari selama ni ..
amin ~~

Lai Qma said...

hm..thnks kak nana..
yerr lai tggu jgk saat tu..
n skg ta cye pd spe2,lai lbey kuat dah dr sblm..
insyaAllah,akk jgk.. :)

makcik kerepot said...

hehehe ..
welcomez ...
yup ,, lai kan star ..
mustilah kuat ...
hehehe ..
insyaAllah ,, thanks lai ...

Lai Qma said...

eh..bkn lai larr yg star..
lai an sky s0 blue..lupe arr tu..
k.bib star..ngee~~

Bazil Zieel said...

Ngee.....Nasib baik solat.... kalau tak....
-_- ohhh dunia cinta....sedapke rasenya....... enak? mcm coklat ke? ke mcm.... donut......hanye lepas tu i cirit birit. ke....sakit? sakit sgt? berterbangan hati? mcm nak mati?
Allah itu cinta sejati.

Lai Qma said...

ya mcm chips m0re..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...