Ladies&Gentleman

Friday, October 29, 2010

= KaMU tRhaDaP diA =


Mencintai seseorang mampu membuatkan kita tersenyum..
Tapi mencintai seseorang juga mampu menyakitkan kita..
Cinta itu pengorbanan..dari segi apa, tidak diketahui..
Menyintai tidak semestinya memiliki..
Memiliki tidak semestinya dicintai..
Perlu seimbang dalam memberi dan menerima..
Tapi harus bersedia, cinta adalah membenarkan hati dan diri dilukai..

Kamu suka sangat pada dia..
Kamu sayang sangat pada dia..
Kamu cinta sangat pada dia..
Walaupun kamu tidak tunjukkan atau luahkan..
Tapi siapa tahu dalam hati kamu..

Kamu menjadi insan yang paling bahagia..
Dunia ini bagaikan hanya untuk kamu dan dia..

Setiap kali kamu terima SMS dari dia..
Walaupun balasan SMS kamu biasa saja padanya..
Tapi di belakang dia, tanpa pengetahuan dia..
Hati kamu melonjak gembira, perasan sendiri, tersenyum sendirian..
Kamu gilakan dia..

Setiap kali dia hubungi kamu..
Itulah yang kamu nanti-nantikan..
Untuk mendengar suara dia, untuk berbual bersama dia..
Kamu tidak senang duduk, tapi suara kamu sentiasa dikawal..
Bagi menyembunyikan perasaan teruja dan semangat kamu..
Kamu gilakan dia..

Setiap kali dia ajak kamu keluar..
Kamu bagaikan ingin menjerit pada semua, biar semua tahu..
Kamu ingin melompat-lompat kegirangan..
Dan ingin ketawa tidak henti..
Betapa seronoknya kamu rasa..
Tapi kamu masih lagi pura-pura ‘cool’, konon biasa saja..
Kamu gilakan dia..

Setiap kali dia pandang kamu dengan penuh perasaan..
Huh, hati kamu berdebar-debar..
Jantung berdegup kencang..
Terasa mahu berlari 100meter dalam sesaat dan kembali semula..
Betapa sukanya dan perasannya kamu pada saat itu..
Tapi kamu kawalnya dengan senyuman..
Melarikan pandangan daripada dia atau menukar topik..
Kamu gilakan dia..

Setiap kali dia menyentuh atau memegang tangan kamu..
Hati kamu tersenyum, muka merah padam..
Kamu terasa ingin memeluk dia, mengucup dia..
Tidak ingin kamu melepaskan dia..
Sekali lagi, dalaman kamu gemuruh dan berdebar-debar..
Namun luaran kamu tetap dengan reaksi ‘relax’..
Nafas ditarik panjang..
Hai, kamu gilakan dia..

Setiap kali dia ucapkan ‘I love U’ pada kamu..
Kamu mula mencair..
Itulah ucapan yang kamu nanti-nantikan..
Walaupun kamu tidak pasti sejauh mana keikhlasan dia..
Tapi kamu harapkan kejujuran dan keikhlasan dia..
Ucapan itu membuatkan kamu kembali tenang andai resah..
Menjadi lupa pada kemarahan..
Dan lega dari sebarang masalah..
Kamu tersenyum, terharu macam mahu menangis..
Kamu gilakan dia..

Tapi kamulah insan yang paling sedih dan kecewa..
Umpama terbuang, sebatang kara, hilang tempat bergantung..

Apabila dia tidak SMS kamu..
Kamu menanti dan terus menanti..
Sentiasa menjeling ‘nset’, pantas bertindak pada bunyi sms..
Tapi sayang, bukan nama dia..
Dalam kepala mula fikir yang bukan-bukan..
Kamu tidak berani untuk SMS dia..
Sebab takut kamu tidak diperlukan..
Kamu takut pada kekecewaan..
Pada waktu itu, kamulah orang paling sedih dan ‘down’ sangat-sangat..
Walaupun tiada siapa yang tahu..
Sebab kamu tidak pernah mengakui atau menunjukkannya..
Kamu terluka..

Apabila dia tidak hubungi kamu..
Sunyi sepi hidup kamu tanpa khabar dia..
Kamu sering menangis bila sendiri tanpa orang ketahui..
Kamu sedih ketika ketawa..
Merasa keseorangan dan disisihkan walaupun bersama kawan-kawan..
Kamu tercari-cari dimana dia..
Tapi tidak kamu hubungi dia..
Kerana risau mengganggu dia..
Risau akan reaksi dia yang tidak bersemangat untuk berbual dengan kamu..
Atau mungkin dia bersama teman lain..
Kamu terluka..

Apabila dia batalkan untuk keluar bersama..
Kamu kecewa sangat-sangat..
Sedih, tapi kamu pura-pura tidak kisah..
Kamu kata ‘takpe, ok je’
Tapi dalam hati kamu..
Bila kawan-kawan tanya tidak keluar bersama dia?..
Kamu pura-pura senyum dan kata ‘watpe’..
Macam kamu tidak pernah mengharapkannya..
Sedangkan itu yang kamu mahu, sabar saja..
Kamu terluka..

Apabila dia tidak pandang kamu..
Beribu-ribu persoalan bermain difikiran..
Bosankah dia pada kamu..
Masih perlukah kamu untuk dia..
Kecewakah dia pada kamu..
Waktu itu kamu paling takutkan kehilangan..
Kamu salahkan diri tidak sudah..
Namun tidak mampu bertindak, hanya berdiam..
Terima apa sahaja walaupun tidak redha andai itu keputusan dia..
Kamu terluka..

Apabila dia lepaskan tangan atau langsung tidak memegang kamu..
Kamu terkilan dan jadi takut..
Bimbang jikalau dia akan terus lepaskan kamu sampai bila-bila..
Sesekali kamu mengerling kearah dia..
Ingin memegang dia tapi risau dilepaskan semula atau ditolak..
Lagipun dia masih belum kamu miliki..
Kamu terluka..

Apabila dia diam membisu tanpa kata-kata, tiada lagi ungkapan ‘I love U’..
Kamu mula resah gelisah, turut terdiam..
Berkurangkah cinta dia pada kamu..
Terlupakah dia pada kamu..
Marahkah dia pada kamu..
Bukan kamu tidak ingin ucapkan ‘I love U’ pada dia..
Tapi tahukah dia cinta kamu sangat-sangatlah mendalam pada dia..
Sehingga tidak terucap dengan kata-kata..
Dan apa yang kamu rasa, iaitu cinta pada dia..
Sudah cukup kuat tanpa perlu kamu ucapkan..
Dapatkah dia merasainya..
Kamu terluka..

Kamu sering berpesan pada diri kamu..
Jangan terlalu berharap, nanti kecewa..
Tapi pada dia, kamu tidak mampu lari dari mengharap, walaupun kamu menafikannya..
Sebab itu kamu sering kecewa tapi kamu tidak pernah serik..
Kamu selalu menyembunyikannya, tapi kamu tetap perlu merasainya..
Kamu derita tapi kamu bahagia..
Kamu bahagia tapi kamu derita..
Senyuman kamu tidak menggambarkan kebahagiaan kamu..
Tetapi senyuman itu menutup kedukaan kamu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...